ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 18. Perbuatan yang sendirinya menjadi kesalahan dengan tidak bergantung kepada kerosakan yang disebabkan kepada orang yang memberi kerelaan tidak termasuk dalam kecualian dalam seksyen 14, 15 dan 16.

Kecualian dalam seksyen 14, 15 dan 16 itu tidaklah termasuk perbuatan yang sendirinya menjadi kesalahan dengan tidak bergantung kepada apa-apa kerosakan yang perbuatan itu mungkin menyebabkan, atau dimaksud bagi menyebabkan, atau diketahui mungkin menyebabkan, kepada orang yang memberi kerelaan itu, atau kepada orang yang bagi pihaknya kerelaan itu diberi.

MISALAN

Menyebabkan keguguran, melainkan disebabkan dengan suci hati bagi maksud menyelamatkan nyawa perempuan itu, adalah sendirinya suatu kesalahan dengan tidak bergantung kepada apa-apa kerosakan yang keguguran bukanlah suatu kesalahan "oleh sebab kerosakan itu"; ada kecelaan perempuan itu ataupun penjaganya bagi menyebabkan keguguran itu tidaklah membenarkan perbuatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.