ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XV - DARIHAL PEMBEBASAN ATAU SABITAN YANG DAHULU



Seksyen 138. Seorang yang telah disabitkan atau dibebaskan tidak boleh dibicara lagi bagi kesalahan yang sama.

(1) Seseorang yang telah dibicarakan oleh Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa bagi satu kesalahan dan telah disabitkan atau dibebaskan dari kesalahan berkenaan hendaklah, selama sabitan atau pembebasan berkenaan berkuatkuasa, tidak liable untuk dibicarakan lagi bagi kesalahan yang sama atas fakta yang sama atau untuk apa jua kesalahan lain di mana tuduhan yang lain boleh dibuat terhadapnya di bawah seksyen 90 atau yang mana ia boleh disabitkan di bawah seksyen 91.

(2) Seseorang yang telah dibebaskan atau disabitkan dari mana-mana kesalahan boleh kemudiannya dibicarakan untuk mana-mana kesalahan berlainan yang mana satu pertuduhan berasingan boleh dibuat terhadapnya atas perbicaraan terdahulu di bawah subseksyen (1) seksyen 89.

(3) Seseorang yang disabitkan dengan mana-mana kesalahan yang terjadi oleh satu perbuatan yang menyebabkan akibat-akibat yang, bersama dengan perbuatan itu, menjadikan satu kesalahan berlainan daripada apa yang ia telah disabitkan, boleh kemudiannya dibicarakan untuk kesalahan yang akhir sekali disebut, jika akibat-akibatnya tidak berlaku atau tidak diketahui oleh Mahkamah telah berlaku pada masa ia disabitkan.

(4) Seseorang yang dibebaskan atau disabitkan dari mana-mana kesalahan yang terjadi dari mana-mana perbuatan boleh, tanpa mengambil kira pembebasan atas sabitan itu, kemudiannya dipertuduhkan dengan dan dibicarakan untuk mana-mana kesalahan lain yang terjadi oleh perbuatan-perbuatan yang sama di mana dia mungkin telah lakukan, jika Mahkamah yang dia pertama kalinya dibicarakan tidak kompeten untuk membicarakan kesalahan yang dia kemudiannya dipertuduhkan.

(5) Penolakan sesuatu aduan, atau pelepasan seorang yang dituduh, bukanlah satu pembebasan bagi maksud seksyen ini.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.