ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 53. Mempermainkan ayat Al-Quran atau Hadith.

Sesiapa yang mempermain, mencela, mengejek-ejek dengan perkataan atau perbuatan atau menghina atau melakukan perbuatan yang menyebabkan ayat-ayat Al-Quran atau Hadith diletakkan dalam keadaan atau tempat yang boleh mencemarkan kesucian ayat-ayat Al-Quran atau Hadith tersebut atau perkataan yang berkaitan dengan agama Islam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.