ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXXI - RAYUAN



Seksyen 226. Notis rayuan.

(1) Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah, manakala keputusan Mahkamah Tinggi hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan Syariah dan hendaklah dilaksanakan dengan cara memberi notis rayuan dalam borang yang ditetapkan.

(2) Seseorang pihak merayu boleh merayu atas keseluruhan atau mana-mana bahagian sesuatu keputusan dan notis rayuan hendaklah menyatakan sama ada keseluruhan atau sebahagian sahaja dan bahagian mana daripada keputusan itu dirayukan.

(3) Notis rayuan hendaklah difailkan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh keputusan itu dibuat. Mahkamah dari mana keputusan itu dirayu hendaklah membekalkan kepada pihak merayu, setelah dia menjelaskan bayaran mengenainya, suatu salinan sah penghakiman itu atau, jika penghakiman bertulis tidak diserahkan, alasan-alasan penghakiman hendaklah dibekalkan.

(4) Sebaik sahaja salinan diperakui sah penghakiman siap disediakan, Mahkamah hendaklah memberitahu perkara itu kepada pihak merayu.

(5) Dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan pemberitahuan itu, pihak merayu hendaklah melainkan Mahkamah, dengan alasan yang mencukupi memerintahkan sebaliknya-


(6) Notis rayuan itu hendaklah disampaikan oleh pihak merayu kepada semua pihak yang secara langsung terlibat dengan rayuan itu atau kepada peguam mereka masing-masing. Pihak yang tidak berkenaan tidak perlu disampaikan notis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.