ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 212. Pegawai agama mengingkari arahan undang-undang dengan niat hendak menyebabkan kecederaan atau kerugian kepada seseorang.

Sesiapa sahaja, yang menjadi pegawai agama, yang dengan mengetahuinya mengingkari apa-apa arahan undang-undang tentang cara bagaimana dia seharusnya menjalankan pekerjaannya sebagai pegawai agama, dengan niat hendak menyebabkan, atau dengan mengetahui kemungkinan bahawa dia akan, dengan keingkaran itu, menyebabkan kecederaan atau kerugian kepada mana-mana orang adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.