ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN V - PELBAGAI KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM



Seksyen 39. Kerahsiaan.

Mana-mana orang yang dengan tidak sepatutnya memberitahu atau menghebahkan apa-apa perkara, yang mana adalah kewajipannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk merahsiakannya, kepada mana-mana orang yang tidak berhak di sisi undang-undang untuk diberitahu perkara itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.