ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN KEPENTINGAN NASIONAL



Seksyen 33. Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai untuk menjadi Mufti bagi Negeri Perak Darul Ridzuan.

(2) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai untuk menjadi Timbalan Mufti bagi Negeri Perak Darul Ridzuan.

(3) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta.

(4) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, orang yang menjadi Mufit bagi Negeri Perak Darul Ridzuan sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti bagi Negeri Perak Darul Ridzuan dan hendaklah terus memegang jawatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.