ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB II - Qarinah
Keputusan Mahkamah Keadilan bila Berkaitan



Seksyen 28. Keputusan Mahkamah Keadilan bila Berkaitan

Wujudnya sesuatu keputusan, perintah atau dekri yang pada sisi undang-undang menahan mana-mana Mahkamah daripada mengambil ketahui tentang sesuatu guaman atau daripada mengadakan sesuatu perbicaraan adalah suatu nyataan yang berkaitan apabila soalnya ialah sama ada Mahkamah itu patut mengambil ketahui tentang guaman itu ataupun patut mengadakan perbicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.