ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan tentang dokumen



Seksyen 62. Anggapan mengenai ketulenan salinan yang diperakui.

(1) Mahkamah hendaklah menganggap sebagai tulen tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai suatu perakuan, salinan yang diperakui atau lain-lain dokumen, yang ditetapkan oleh undang-undang boleh diterima sebagai keterangan mengenai sesuatu fakta yang tertentu dan yang berupa sebagai diperakui oleh mana-mana pegawai kerajaan di dalam atau di luar Malaysia yang diberi kuasa memperakuinya:

Dengan syarat bahawa dokumen itu adalah pada asasnya mengikut bentuk dan berupa sebagai disempurnakan secara yang diarahkan oleh undang-undang bagi maksud itu.

(2) Mahkamah hendaklah juga menganggap bahawa mana-mana pegawai yang olehnya sesuatu dokumen itu berupa sebagai ditandatangani atau diperakui telah memegang, pada masa ia menandatanganinya, jawatan rasmi yang ia nyatakan di dalam dokumen itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.