ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 73. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan nafkah bagi anak-anak.

(1) Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya-

(2) Mahkamah adalah juga berkuasa untuk memerintahkan seseorang yang bertanggungan di bawah Undang-Undang Islam supaya membayar atau memberi sumbangan terhadap nafkah seseorang anak jika Mahkamah berpuas hati bahawa memandang kepada kemampuannya adalah munasabah bagi Mahkamah memerintahkan sedemikian.

(3) Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh mengarahkan supaya pembayaran dibuat kepada orang yang menjaga atau memelihara dan mengawal anak itu atau kepada pemegang-pemegang amanah bagi pihak anak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.