ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN VIII - AM



Seksyen 223. Orang yang dilepaskan atas jaminan hendaklah memberikan alamat untuk penyampaian.

Apabila mana-mana orang dilepaskan atas jaminan, dia hendaklah memberi Mahkamah atau pegawai yang dengannya dja mengikat jaminan itu alamat di mana segala notis dan proses boleh disampaikan kepadanya, dan dalam apa-apa hal jika orang itu tidak dapat dijumpai, atau atas sebab lain penyampaian itu tidak dapat dibuat kepadanya, apa-apa notis atau proses yang ditinggalkan bagi orang itu di alamat tersebut hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sewajarnya kepadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.