ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 2004

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa



Seksyen 15. Perakuan perwarisan.

Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubungan dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam, mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa, selain Mahkamah Tinggi Syariah atau suatu Mahkamah Rendah Syariah, mempunyai kewajipan untuk menentukan -


Mahkamah Syariah boleh, atas permohonan mahkamah atau pihak berkuasa itu, atau atas permohonan mana-mana orang yang menuntut bahawa dia menjadi benefisiari atau wakilnya, dan setelah dibayar olehnya fi yang ditetapkan, memperakukan fakta-fakta yang didapati oleh Mahkamah Syariah itu dan pendapat Mahkamah Syariah itu tentang orang-orang yang berhak atau bahagian-bahagian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.