ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Seksyen 17. Kebenaran perlu sebelum berkahwin
Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan melainkan sesuatu kebenaran berkahwin diberi-
(a)
oleh Pendaftar di bawah seksyen 15 atau oleh Hakim di bawah seksyen 16, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin dalam Negeri Perak; atau
(b)
oleh pihak berkuasa yang hak bagi sesuatu Negeri, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin di Negeri itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.