ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN VII - PENGURUSAN WAKAF



Seksyen 33. Pelantikan orang atau ejen yang kompeten dan berkelayakan.

(1) Majlis, atas nasihat Panel Penasihat, boleh—

(2) Apa-apa pembayaran atau komisen atau bayaran lain yang biasanya boleh dibayar bagi perkhidmatan yang diberikan oleh orang atau ejen yang dilantik di bawah subseksyen (1) adalah tertakluk kepada seksyen 16.

(3) Jika mawquf yang diuruskan atau dibangunkan oleh orang atau ejen yang dilantik di bawah subseksyen (1) mengalami kerugian, Majlis hendaklah membelanjakan wang daripada Kumpulan Wang Wakaf atau menggunakan sumber pembiayaan lain bagi menampung kerugian ke atas mawquf itu.

(4) Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Majlis bagi menampung kerugian ke atas mawquf di bawah subseksyen (3) boleh dituntut oleh Majlis daripada orang atau ejen itu jika kerugian itu disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan oleh orang atau ejen itu dengan sengaja atau cuai.

(5) Majlis hendaklah dengan suci hati dan tidak cuai dan bertindak dengan kemahiran dan cermat yang sewajarnya dalam membuat pemilihan orang atau ejen yang dilantik di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.