ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN VI - MASJID DAN TEMPAT IBADAT



Seksyen 60. Pemegangan amanah masjid.

Walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam mana-mana suratcara bertulis, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah bagi semua masjid di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan dan setiap masjid bersama-sama dengan tanah dan hartanya dan mana-mana tanah yang berhubungan dengannya yang digunakan dengan sah bagi faedah masjid hendaklah tanpa apa-apa pemindahakan, penyerahakan atau pemindahmilikan, terletakhak kepada Majlis bagi maksud Enakmen ini dan Majlis hendaklah mendaftarkan perletakhakan itu di bawah Kanun Tanah Negara [Akta 56/65].




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.