ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XXIV - PELBAGAI



Seksyen 227. Kumpulan wang tidak dituntut.

Kumpulanwang dan wang di dalam Mahkamah dan semua barang kemas, sekuriti dan harta alih (selain daripada wang, suratikatan atau dokumen) yang tidak dituntut selepas 15 tahun hendaklah disifatkan sebagai harta Baitulmal dan hendaklah seterusnya dibayar kepada Baitulmal:

Dengan syarat bahawa Mahkamah atas permohonan mana-mana orang dan jika ia berpuas hati bahawa orang itu berhak kepada wang atau harta itu memerintahkan Baitulmal membayar kesemua atau sebahagian wang atau harta atau nilainya kepada orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.