ENAKMEN 5 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 83. Mahkamah boleh meminda atau menambah pertuduhan.

(1) Mahkamah boleh meminda atau menambah mana-mana pertuduhan pada bila-bila masa sebelum penghakiman diumumkan.

(2) Tiap-tiap pindaan atau penambahan itu hendaklah dibaca dan diterangkan kepada tertuduh.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.