ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN VII - PERKARA WANG



Seksyen 113. Pengertian suratcara.


Jika pada pendapat Majlis bahawa makna atau natijah mana-mana surat-suratcara atau surat pengakuan yang mengujudkan atau yang ada kena mengena dengan mana-mana wakaf atau nazar tidak terang atau tidak tentu, maka Majlis boleh menimbangkannya dan hendaklah mengambil tindakan mengikut pendapatnya itu melainkan dititah perintahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.