ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI MELAKA) 2005

BAHAGIAN VIII - KUASA-KUASA MAJLIS



Seksyen 40. Kuasa Majlis membuat tuntutan sewaan atau nilai atas apa-apa manfaat atau faedah.

(1) Majlis boleh menuntut daripada mana-mana orang sewa atau nilai atas apa-apa manfaat atau faedah yang diperolehi oleh orang itu daripada sesuatu mawquf yang orang itu tidak berhak ke atasnya.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), Majlis boleh menentukan nilai manfaat atau faedah bagi mawquf tersebut.

(3) Jika tuntutan yang tersebut di bawah subseksyen (1) tidak dijelaskan, ia hendaklah dianggap sebagai hutang yang boleh dituntut oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.