ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal kesalahan mengenai harta Majlis



Seksyen 112. Mengeluar atau mengalih bahan-bahan batu menyalahi undang-undang.

(1) Mana-mana orang yang tanpa kebenaran yang sah, mengeluar, mengalih atau mengangkat, atau membenarkan pengeluaran, pengalihan atau pengangkutan bahan-bahan batu dari tanah Majlis adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang ada dalam possessinya atau jagaannya atau di bawah kawalannya, apa-apa bahan-bahan batu selain daripada bentuk yang menjadikan ia sebahagian asal daripada tanah di mana ia dijumpai, hendaklah dianggap telah dikeluarkan, dialihkan, atau diangkut, atau membenarkan dikeluar, dialih atau diangkut, bahan-bahan batu itu tanpa kebenaran yang sah.

(3) Mana-mana orang yang dihukum atas apa-apa kesalahan di bawah seksyen ini boleh diperintahkan membayar kepada Majlis, sebagai tambahan kepada denda yang dikenakan atas sabitan itu, pampasan sama nilai dengan nilai bahan-bahan batu yang terlibat, dan atas apa-apa kayu balak yang tumbang atau rosak semasa pengeluaran bahan-bahan batu itu.

(4) Bagi maksud subseksyen (3) nilai apa-apa bahan-bahan batu atau kayu balak hendaklah, di dalam ketiadaan keterangan disebaliknya, mengikut apa-apa jumlah yang disahkan oleh Pentadbir Tanah Daerah atau Pegawai Perhutanan; dan apa-apa jumlah yang diperintahkan dibayar mengikut subseksyen tersebut hendaklah didapatkan seolah-olah ia adalah denda yang dikenakan atas sabitan.

(5) Bagi maksud seksyen 110, 111, dan 112 tanah-tanah Majlis ertinya tanah-tanah yang didaftar atau diletak hak atas nama Majlis.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.