ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 63. Menghina agama Islam.


(1) Sesiapa dengan secara lisan atau tulisan atau kelakuan yang nyata atau sebarang cara yang membawa kepada mencerca atau disifatkan sebagai menghina atau cuba mencerca atau menghina Agama Islam, perjalanan mana-mana mazhab yang muktabar, pegawai Agama, Guru Agama dan Imam yang dilantik dengan sahnya menurut undang-undang, mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis atau Mufti di bawah peruntukan Enakmen ini, adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang Islam yang mendakwa dirinya sebagai seorang bukan Islam adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan mengikut subseksyen (1) seksyen ini kerana mempersendakan Agama Islam dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan dalamnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.