ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN II - PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN PENUBUHAN MAJLIS



Seksyen 6. Tempoh perlantikan ahli-ahli Majlis.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang yang dilantik menjadi ahli Majlis di bawah seksyen 5 (1)(c) hendaklah mengosongkan jawatannya pada penghabisan tempoh dua tahun dari tarikh perlantikannya tetapi layaklah dilantik semula.

(2) Jawatan seseorang ahli Majlis hendaklah menjadi kosong-

(3) Bilamana jawatan seorang ahli itu menjadi kosong di bawah subseksyen (2), maka mana-mana orang yang dilantik memenuhi kekosongan itu hendaklah mengosongkan jawatannya pada penghabisan tempoh asal jawatan orang yang dia dilantik menggantikannya.

(4) Majlis boleh terus menjalankan tugasnya walaupun ada kekurangan bilangan ahlinya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.