ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 146. Pemansuhan dan pengecualian.

(1) Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966 adalah dimansuhkan.:

Dengan syarat bahawa -
(2) Semua kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, perisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran dan perlantikan yang dikeluarkan di bawah atau dengan kuasa, daripada Enakmen yang telah dimansuhkan hendaklah kekal berkuatkuasa, selagi ianya tidak berlawanan dengan, atau digantikan dengan peruntukan Enakmen ini, atau sehingga di batal atau diganti oleh kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, perisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran, atau perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah peruntukan Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.