ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 - PELAKSANAAN



Seksyen 154. Kebenaran untuk pelaksanaan.

(1) Perintah bagi pelaksanaan untuk menguatkuasakan penghakiman atau perintah tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran Mahkamah-

(2) Suatu permohonan untuk mendapatkan kebenaran pelaksanaan boleh dibuat secara ex-parte dalam Borang MS 34 dan hendaklah menyatakan cara pelaksanaan yang dipohon itu tetapi Mahkamah boleh menghendaki penyampaian permohonan itu ke atas mana-mana pihak atau orang tertentu sebagaimana yang ia fikirkan patut.

(3) Mahkamah, jika berpuas hati bahawa kebenaran dan cara yang dinyatakan itu adalah teratur, hendaklah membenarkan permohonan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.