ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN V - JAMINAN DAN KAWALAN TERHADAP AGAMA ISLAM



Seksyen 97. Mengisytiharkan bahan terbitan yang ditegah.

Majlis boleh mengisytiharkan dalam Warta sebarang buku, risalah, rekod, dokumen, filem atau lain-lain bahan yang seumpamanya sebagai terbitan yang ditegah, jika ia mengandungi apa-apa perkara yang berlawanan dengan Hukum Syarak atau mana-mana fatwa yang sah atau adat istiadat Melayu Kelantan seperti yang dimaksudkan di dalam Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.