ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN II
MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 4. Pertubuhan Majlis.

(1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu badan yang dikenali sebagai "Majlis Ugama Islam Negeri Sabah", untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam.

(2) Apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, "Majlis Ugama Islam Sabah" yang wujud menurut kuasa seksyen 3 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1977 [En. 15/77]hendaklah disifatkan sebagai Majlis yang disebut di dalam subseksyen (1);




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.