ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 63. Penggeledahan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama.

(1) Apabila seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat penyiasatan berpendapat bahawa pengemukaan mana-mana dokumen atau benda lain adalah perlu bagi menjalankan penyiasatan atas apa-apa kesalahan yang dia berkuasa menyiasat dan ada sebab mempercayai bahawa-
pegawai itu boleh menggeladah atau menyebabkan penggeledahan dibuat untuk mendapatkan dokumen atau benda itu di mana-mana tempat.

(2) Pegawai tersebut hendaklah, jika boleh, menjalankan penggeledahan itu sendiri.

(3) Jika dia tidak berupaya menjalankan penggeledahan itu sendiri dan tiada orang lain yang kompeten untuk membuat penggeledahan itu pada masa itu, dia boleh mengarahkan mana-mana pegawai bawahannya membuat penggeledahan itu, dan dia hendaklah menyerahkan kepada pegawai bawahan itu suatu perintah bertulis menyatakan dokumen atau benda lain yang baginya penggeledahan akan dibuat dan tempat yang akan digeledahkan, dan pegawai bawahan itu bolehlah sesudah itu menggeledah barang itu di tempat tersebut.

(4) Peruntukan Enakmen ini mengenai waran geledah hendaklah, setakat mana yang boleh, terpakai bagi penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.