ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 174. Laporan keterangan di dalam ketidakhadiran yang dituduh.

Jika dibuktikan bahawa yang dituduh telah tidak menghadirkan diri dan tidak ada harapan untuk menangkapnya serta-merta, Mahkamah yang layak membicarakan orang tersebut bagi kesalahan yang diadukan boleh, di dalam ketidakhadirannya, memeriksa saksi-saksi (jika ada) bagi pihak Pendakwa dan merekodkan deposisi mereka. Mana-mana deposisi tersebut boleh, apabila orang tersebut ditangkap, diberi sebagai keterangan di dalam pembicaraan di atas kesalahan yang dituduh, jika deponen telah mati atau tidak berupaya memberi keterangan atau kehadirannya tidak boleh diperolehi tanpa kelewatan, perbelanjaan atau kesusahan di mana memandangkan keadaan kes akan menjadi tidak munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.