ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVII - ORANG TAK SEMPURNA AKAL



Seksyen 212. Perakuan Penguasa Perubatan.

(1) Jika Penguasa Perubatan memperakui bahawa orang yang tertuduh itu adalah sempurna akalnya dan boleh membela dirinya, Hakim hendaklah meneruskan perbicaraan itu.

(2) Jika Penguasa Perubatan memperakui yang orang itu tidak sempurna akalnya dan tidak boleh membela dirinya, Mahkamah hendaklah, jika berpuas hati dengan fakta itu, memutuskan sewajarnya, dan selepas itu perbicaraan hendaklah ditangguhkan.

(3) Perakuan Penguasa Perubatan hendaklah diterima sebagai keterangan di bawah seksyen ini.

(4) Jika yang tertuduh diperakui sebagai seorang yang tidak sempurna akal dan tidak berupaya membela dirinya, tidak perlu baginya hadir dalam Mahkamah semasa prosiding di bawah seksyen ini.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.