ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 52. Mahkamah terbuka dan bahasa.

(1) Semua perbicaraan dalam Mahkamah Syariah hendaklah terbuka kepada orang ramai:

Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh memerintahkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbicaraan itu diadakan dalam mahkamah tertutup jika Mahkamah itu berpuas hati berbuat demikian adalah untuk kepentingan keadilan atau kesopanan.

(2) Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa bagi semua prosiding Mahkamah Syariah dan semua dokumen serta nota prosiding bolehlah menggunakan tulisan rumi atau jawi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.