ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VII - HADHANAH



Seksyen 84. Cagaran hendaklah diberi.

(1) Jika seorang itu dilantik oleh Mahkamah menjadi penjaga harta seorang anak ia hendaklah, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya memberi cagaran dengan nilai sebanyak mana yang ditetapkan bahawa ia akan melaksanakan kewajipannya sebagai penjaga tersebut dengan sewajarnya.

(2) Cagaran itu hendaklah diberi mengikut cara yang ditetapkan pada masa itu bagi penerima-penerima yang dilantik oleh Mahkamah dan penjaga yang dilantik sedemikian hendaklah mengemukakan akaunnya pada tempoh yang diperintahkan dan hendaklah membayar apa-apa baki yang diperakui kena dibayar olehnya ke dalam Mahkamah mengikut aturcara yang ditetapkan bagi penerima.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.