ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB IX - Memastikan Kebenaran Keterangan Saksi



Seksyen 121. Pemeriksaan rahsia.

(1) Pemeriksaan rahsia hendaklah dibuat dengan Surat Rahsia di mana Hakim menulis nama defendan atau tertuduh dan perkara yang dituntut atau didakwa, juga nama saksi, pengenalan, pekerjaan, tempat tinggal, bagi memperkenalkan dan menerangkan saksi tersebut dengan cara yang jelas.

(2) Maklumat itu dimasukkan ke dalam satu sampul yang dimeterai dan sampul itu kemudiannya diberikan kepada orang yang dipilih untuk menjadi pemeriksa saksi. Sebaik sahaja sampul itu diterima dan dibaca oleh pemeriksa saksi, dia hendaklah menulis di bawah nama saksi itu perkataan "adil" jika didapati saksi itu adil dan "tidak adil" jika didapati saksi itu tidak adil serta menandatangani dan menghantarkan surat itu kembali kepada Hakim.

(3) Apabila "Surat Rahsia" itu dikembalikan kepada Hakim dan tidak terdapat perkataan "adil" dari pemeriksa saksi tentang saksi tersebut, tetapi terdapat perkataan yang memberi makna tidak adil ( jurh ) secara jelas atau tersirat, Hakim bolehlah meminta plaintif atau pendakwa membawa saksi lain.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.