ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH
Seksyen 42. Penubuhan Mahkamah Syariah.
(1) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis boleh, dengan pemberitahuan dalam
Warta,
menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi Negeri Pulau Pinang pada tempat yang difikirkannya sesuai.
(2) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis boleh, dengan pemberitahuan dalam
Warta,
menubuhkan Mahkamah Tinggi Syariah bagi Negeri Pulau Pinang.
(3) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis boleh, dengan pemberitahuan dalam
Warta
menubuhkan Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri Pulau Pinang.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.