ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN VI - PENYAMPAlAN
BAB 1 - PENYAMPAIAN DALAM BIDANG KUASA



Seksyen 48. Penyampaian ganti.

(1) Apabila Mahkamah berpuas hati bahawa atas apa-apa alasan yang mencukupi saman atau dokumen lain tidak dapat disampaikan secara biasa, Mahkamah boleh memerintahkan supaya saman atau dokumen lain itu disampaikan dengan menampalkan salinannya di papan notis Mahkamah dan juga di tempat yang mudah dilihat di alamat yang terakhir diketahui orang itu tinggal atau dengan apa-apa cara lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh juga dalam mana-mana kes yang termasuk dalam subseksyen (1) membuat perintah supaya penyampaian dibuat secara iklan dalam akhbar tempatan atau akhbar-akhbar lain sebagaimana yang ia fikirkan patut.

(3) Penyampaian ganti hendaklah mempunyai kesan yang sama seperti penyampaian ke diri.

(4) Dalam hal penyampaian ganti, Mahkamah hendaklah jika perlu menetapkan masa untuk pihak yang berkenaan itu hadir di Mahkamah.

(5) Tiada perintah bagi penyampaian ganti boleh dibuat berkenaan dengan-

(6) Permohonan untuk mendapatkan perintah di bawah seksyen ini hendaklah disokong dengan afidavit.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.