ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 12. Bila mabuk menjadi suatu pembelaan.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini dan dalam seksyen 13, mabuk tidaklah boleh menjadi suatu pembelaan terhadap sesuatu pertuduhan jenayah.

(2) Mabuk boleh menjadi suatu pembelaan terhadap sesuatu pertuduhan jenayah jika oleh sebab mabuk, orang yang dipertuduhkan itu, pada waktu perbuatan atau ketinggalan yang diadukan itu, tidak tahu bahawa perbuatan atau ketinggalan itu salah ataupun tidak tahu apa yang ia lakukan dan keadaan mabuk itu telah disebabkan dengan tiada kerelaannya oleh perbuatan jahat atau cuai seseorang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.