ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 245. Memfail notis.

(1) Dalam tiap-tiap kes di mana satu pihak itu dikehendaki menyampaikan atau menyebabkan disampaikan apa-apa notis kepada pihak satu lagi atau seorang lain, dia hendaklah juga memfailkan satu salinan notis itu dalam Mahkamah, kecuali jika notis, dokumen atau prosiding yang hendak disampaikan itu atau satu salinannya telahpun difailkan demikian.

(2) Penyampaian mana-mana dokumen boleh dibuktikan dengan afidavit kecuali jika Mahkamah memerintahkan sebaliknya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.