ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 2 - PENGUATKUASAAN



Seksyen 150. Penguatkuasaan penghakiman bagi penghantarserahan harta alih.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen ini, suatu penghakiman atau perintah bagi penghantarserahan apa-apa harta alih yang tidak memberi alternatif kepada seseorang yang terhadapnya penghakiman itu diberi atau perintah itu dibuat bagi membayar nilai tertaksir harta itu bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada cara-cara yang berikut:

(2) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen ini, suatu penghakiman atau perintah penghantarserahan apa-apa harta alih atau pembayaran nilai tertaksir harta itu bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada cara-cara yang berikut:

(3) Suatu perintah penghantarserahan khusus dan suatu perintah penghantarserahan untuk mendapatkan kembali apa-apa harta alih atau nilai tertaksirnya, boleh mengandungi peruntukan-peruntukan bagi penguatkuasaan pembayaran apa-apa wang yang dihakimkan atau diperintahkan supaya dibayar menurut penghakiman atau perintah yang hendak dikuatkuasakan oleh perintah itu.

(4) Suatu penghakiman atan perintah bagi pembayaran nilai tertaksir apa-apa harta alih boleh dikuatkuasakan melalui cara yang sama seperti mana-mana penghakiman atau perintah lain bagi pembayaran wang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.