ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - Darihal Menangkap, Melarikan Diri dan Menangkap Semula



Seksyen 15. Memeriksa orang-orang yang kena tangkap.

(1) Apabila seseorang yang kena tangkap-

maka Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan itu, berkuasa memeriksa orang itu dan menyita segala barang-barang yang ada padanya selain daripada pakaian yang menutup auratnya, dan menyimpan barang-barang itu ditempat yang selamat, dan mana-mana barang-barang yang atas sebab-sebab yang boleh dipercayai merupakan alat-alat yang digunakan untuk melakukan kesalahan itu bolehlah disimpan hingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.

(2) Senarai semua benda yang disita hendaklah dicatatkan oleh Pegawai yang menangkap dan ditandatangani olehnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.