ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 5. Perbuatan tidak sopan.

(1) Mana-mana orang yang dengan sengaja melakukan perbuatan atau berkelakuan tidak sopan mengikut pandangan Syarak di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang lelaki Islam yang didapati bercumbu-cumbuan di mana-mana tempat dengan seorang perempuan sama ada beragama Islam atau tidak selain daripada isterinya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(3) Mana-mana orang perempuan Islam yang didapati bercumbu-cumbuan di mana-mana tempat dengan seorang lelaki sama ada beragama Islam atau tidak selain daripada suaminya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.