ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 193. Penjamin-penjamin boleh memohon supaya dilepaskan jaminan.

(1) Mana-mana penjamin untuk kehadiran seseorang yang telah dilepaskan atas jaminan boleh pada bila-bila masa memohon kepada Hakim untuk dilepaskan bon itu sama ada keseluruhannya atau setakat ianya melibatkan pemohon:

Dengan syarat penjamin hendaklah membawa orang yang dijamin itu ke hadapan Mahkamah pada masa permohonan itu dibuat.

(2) Jika atas sebab-sebab yang direkodkan secara bertulis oleh Mahkamah, penjamin gagal untuk membawa orang yang dilepaskan itu ke hadapan Mahkamah menurut subseksyen (1), Mahkamah boleh mengeluarkan satu waran tangkap terhadap orang yang dilepaskan itu untuk dibawa ke hadapannya.

(3) Atas kehadiran orang tersebut menurut waran itu atau dengan relanya menyerah diri, Hakim hendaklah mengarahkan supaya bon itu dilepaskan, sama ada keseluruhannya atau setakat yang ia melibatkan pemohon itu, dan hendaklah meminta orang itu supaya mencari penjamin lain yang mencukupi, dan jika dia gagal berbuat demikian, boleh mengkomitkan dia ke penjara.

(4) Seorang penjamin boleh pada bila-bila masa menangkap orang yang ia menjaminkan kehadirannya dan dengan serta-merta membawanya ke hadapan seorang Hakim, yang Hakim hendaklah kemudiannya melepaskan bon penjamin itu dan hendaklah meminta orang itu mencari penjamin lain yang mencukupi, dan jika dia gagal berbuat demikian, boleh mengkomitkan dia ke penjara.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.