ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
MESYUARAT MAJLIS



Seksyen 29. Bertindak dalam perkara tergempar.

(1) Dalam perkara tergempar, Yang Dipertua, selepas berunding dengan dua orang ahli Majlis yang lain boleh, dengan ampuni persetujuan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan, membuat atau mengarahkan dibuat bagi pihak Majlis apa-apa perbuatan atau perkara yang sah boleh dibuat di sisi undang-undang dengan ketetapan Majlis.

(2) Jika sesuatu perbuatan atau perkara itu dibuat mengikut subseksyen (1), suatu mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dalam tempoh tujuh hari selepas itu bagi maksud mengesah dan memperakui perbuatan atau perkara yang dibuat, dan jika Majlis enggan mengesahkan dan memperakui perbuatan atau perkara yang dibuat itu, Yang Dipertua hendaklah merujukkan perkara itu kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan yang boleh memberi perintah di atas perkara itu sebagaimana difikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.