ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 150. Rekod rayuan.

(1) Apabila sesuatu notis rayuan telah difailkan, Hakim yang membuat keputusan hendaklah, jika ia belum menulis penghakimannya, merekodkan alasan keputusannya secara bertulis dan alasan penghakiman bertulis itu atau alasan keputusan itu hendaklah menjadi sebahagian dari rekod prosiding.

(2) Apabila notis rayuan telah difailkan, Pendaftar hendaklah seberapa segera menyampaikan kepada perayu atau Peguam Syarienya di alamat penyampaian yang dinyatakan di dalam seksyen 149 (2) satu notis memberitahu salinan rekod telah siap dan boleh didapati dengan memohon dan membayar fee yang ditetapkan:

Dengan syarat bahawa, apabila rayuan dibuat oleh Pendakwa Syarie, satu salinan rekod hendaklah dibekalkan kepadanya tanpa apa-apa bayaran.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.