ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN



Seksyen 9. Pertalian yang dilarang perkahwinan

(1) Tiada seorang lelaki atau perempuan pun, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab nasab, berkahwin dengan-


(2) Tiada seorang lelaki atau perempuan pun, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab pertalian kahwin, berkahwin dengan-


(3) Tiada seorang lelaki atau perempuan pun, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab sesusuan, berkahwin dengan mana-mana perempuan atau lelaki yang ada hubungan dengannya melalui penyusuan yang mana, jika hubungan itu adalah melalui kelahiran dan bukan melalui penyusuan, perempuan atau lelaki itu tetap dilarang berkahwin dengannya oleh sebab nasab atau pertalian kahwin.

(4) Tiada seorang lelaki pun boleh mempunyai dua isteri pada satu masa jika isteri-isteri itu adalah bertalian antara satu sama lain melalui nasab, pertalian kahwin, atau sesusuan yang perkahwinan antara mereka adalah tidak sah mengikut Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.