ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB X - DARIHAL PEMBICARAAN



Seksyen 102. Pemindahan kes-kes.

Dalam mana-mana juga pembicaraan di hadapan Kadi yang mana terdapat pada sebarang peringkat pembicaraan itu ada sebab-sebab kes itu, pada pendapat Kadi berkenaan, patut dibicarakan oleh Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa yang lebih tinggi daripada bidangkuasanya, atau jika sebelum atau dalam masa pembicaraan itu permohonan dibuat oleh pendakwa, maka Kadi hendaklah memberhentikan pembicaraan itu dan memindahkan kes itu ke Mahkamah yang lebih tinggi dan dia hendaklah merekodkan perintah berkenaan dengan pembicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.