ENAKMEN 4 TAHUN 2005
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI MELAKA) 2005

BAHAGIAN II - PELAKSANAAN WASIAT



Seksyen 3. Wasiat boleh dibuat secara lisan, tulisan atau isyarat.

(1) Sesuatu wasiat boleh dibuat secara lisan atau dengan stulisan dan, jika orang yang hendak membuat wasiat itu tidak dapat melakukan sedemikian, wasiatnya boleh dibuat dengan isyarat yang boleh difahami.

(2) Sesuatu wasiat secara lisan atau wasiat dengan isyarat hendaklah dibuat di hadapan sekurang-kurangnya dua orang saksi yang boleh diterima sebagai saksi menurut Hukum Syarak.

(3) Sesuatu wasiat bertulis hendaklah dibuat dalam borang yang terdapat dalam Jadual Kedua.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.