ENAKMEN 13 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002
BAHAGIAN XXI - KUASA HAKIM DAN PENDAFTAR
Seksyen 208. Kuasa Pendaftar.
Dalam mana-mana Mahkamah yang baginya dia dilantik, Pendaftar di dalam Kamar boleh—
(a)
menangguhkan apa-apa prosiding;
(b)
menetapkan tarikh perbicaraan apa-apa prosiding;
(c)
mentadbirkan sumpah untuk afidavit dan menerima bon;
(d)
jika jaminan diperintahkan, menentukan bahawa jaminan itu mencukupi dan menghendaki penjamin menunjukkan bahawa dia mempunyai kemampuan untuk memberikan jaminan;
(e)
dengan persetujuan semua pihak, memerintahkan penyatuan apa-apa prosiding; dan
(f)
menjalankan apa-apa tugas lain yang diperuntukkan di bawah Enakmen ini atau apa-apa perintah Hakim.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.