ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN



Seksyen 13. Pertunangan.

Jika seseorang telah membuat perjanjian pertunangan mengikut Hukum Syara', sama ada secara lisan atau bertulis, dan sama ada dengan sendirinya atau melalui orang tengah, dan kemudiannya, tanpa apa-apa sebab yang sah, enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi, sedangkan pihak yang satu lagi itu sanggup berkahwin, maka pihak yang mungkir, jika lelaki, hendaklah membayar, sebagai ganti rugi, jumlah mas kahwin yang patut dibayar atau, jika tidak ada apa-apa perjanjian menentukan jumlah mas kahwin yang patut dibayar, jumlah yang difikirkan patut oleh Mahkamah setelah mengambil perhatian akan kehendak-kehendak Hukum Syara', bersekali dengan belanja-belanja lain yang telah dikeluarkan oleh atau untuk pihak perempuan dengan suci hati untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, atau, jika perempuan, hendaklah memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilai baginya dan membayar, sebagai ganti rugi, belanja-belanja lain yang telah dikeluarkan oleh atau untuk pihak lelaki dengan suci hati untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan ganti rugi dan pemberian-pemberian pertunangan itu, atau nilai baginya, boleh didapati melalui tindakan di Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.