ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991
BAHAGIAN IX - AM
Seksyen 98. Kaedah.
Yang di-Pertuan Besar atas nasihat Majlis boleh melalui pemberitahuan dalam
Warta
, membuat kaedah-kaedah bagi maksud menjalankan peruntukan Enakmen ini dan khususnya, tanpa menyentuh keluasan peruntukan tersebut, kaedah-kaedah itu boleh memperuntukkan bagi-
--
(a)
prosedur Majlis, bentuk dan cara perlaksanaan suratan Majlis, dan perlantikan pegawai Majlis;
(b)
bayaran yang kena dibayar berkenaan apa-apa tindakan atau perkara yang dibuat mengikut Enakmen ini, dan cara memungut dan melupuskan bayaran itu;
(c)
perlantikan Jawatankuasa Majlis dan kuasa, kewajipan dan prosedurnya;
(d)
elaun yang kena dibayar kepada ahli-ahli Majlis atau Jawatankuasanya;
(e)
amalan dan prosedur Mahkamah-Mahkamah Syariah;
(f)
borang, daftar, buku kira-kira, laporan, akaun, anggaran belanjawan dan dokumen-dokumen lain yang digunakan berkaitan dengan tindakan atau perkara yang dibuat di bawah atau mengikut Enakmen ini;
(g)
pentadbiran mana-mana kutipan khairat dan pelupusan hasilnya dan semua perkara, kesalahan-kesalahan dan penalti-penalti yang berkaitan dengannya;
(h)
pentadbiran mana-mana masjid atau surau atau tanah perkuburan dan semua perkara, kesalahan-kesalahan dan penalti-penalti yang berkaitan dengannya;
(i)
kuasa dan kewajipan pegawai masjid;
(j)
penetapan dan pengisytiharan sempadan kariah, kuasa dan kewajipan Jawatankuasa Kariah, semua perkara, kesalahan-kesalahan dan penalti-penalti yang berkaitan dengannya;
(k)
pengawasan dan pengajaran saudara baru dan cara pendaftaran saudara baru;
(l)
prosedur berkaitan dengan pengawasan, pengajaran, syarahan, kerja-kerja dakwah, dan semua perkara, kesalahan-kesalahan dan penalti-penalti yang berkaitan dengannya;
(m)
pendaftaran tempat-tempat pengajaran agama dan sekolah-sekolah agama;
(n)
perjalanan dan pentadbiran rumah kebajikan yang diurus dan ditadbirkan oleh Baitulmal yang diluluskan oleh Majlis;
(o)
pengawasan dan kawalan anak-anak yatim dan kanak-kanak di bawah penjagaan Majlis;
(p)
Pemungutan, pentadbiran dan pembahagian semua harta Baitulmal dan semua perkara, kesalahan-kesalahan dan penalti-penalti yang berkaitan dengannya; dan
(q)
perkara-perkara lain, kesalahan-kesalahan dan penalti-penalti bagi maksud melaksanakan peruntukan-peruntukan Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.