ENAKMEN 13 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002
BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 2 - PENGUATKUASAAN
Seksyen 148. Penguatkuasaan penghakiman, dsb. bagi pembayaran wang.
(1) Tertakluk kepada Enakmen ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang, selain penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah, bolehlah
dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu—
(a)
perintah penyitaan dan penjualan;
(b)
prosiding
hiwalah
; atau
(c)
dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah pengkomitan.
(2) Tertakluk kepada Enakmen ini, sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah boleh dikuatkuasakan, dalam hal jika seksyen 151 terpakai, melalui perintah pengkomitan.
(3) Subseksyen (1) dan (2) tidaklah menjejaskan apa-apa remedi lain yang terdapat bagi menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, atau kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan ke penjara seseorang yang ingkar membayar wang yang telah dihakimkan atau diperintahkan supaya dibayar olehnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.