ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Perbicaraan Jenayah



Seksyen 115. Hukuman denda.

(1) Mahkamah yang menjatuhkan hukuman denda boleh, dengan syarat-syarat yang ia fikirkan perlu bagi menentukan bayaran itu diperolehi, memberi masa untuk membayarnya atau membenar dibayar dengan secara beransur.

(2) Denda boleh dituntut dengan cara yang sama sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 131 bagi melaksanakan hukuman-hukuman dalam prosiding mal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.